Waktu solat Bangi 2019 dibawakan khas oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Waktu Solat Tahun 2019 Bagi Zon ( SGR01 – Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Rawang, S.Alam )

Waktu Solat
Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam.

Solat fardu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan solat qasar dan jamak.